Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT BERAMAL...

Assalamulaikum...

Selamat Tahun Baru Masihi...2012

Semalam ayu ada dengar kata- kata motivasi dari Dr Fadzillah Kamsah...ni yang ayu nak share dengan kwn- kwn semua...Petua rumahtangga bahagia...suami isteri tak bertengkar..anak2 yang mendengar kata...pendek kata untuk mengelakkan pertengkaran di dalam rumah kita...Masa nak masuk rumah..bagi Salam...Baca Bismillah 3 kali...melangkah masuk dengan kaki kanan sambil tersenyum baca ayat Qull ye...murah rezeki...InsyaAllah...aman bahagia la rumahtangga...Selamat mencuba...

Wednesday, July 21, 2010

ISTERI MENANGIS?




JIKA ISTERI MENANGIS…..
Ingin berkongsi madah yg diterima dari seorang kawan...
Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah dia sebelum terlewat..."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat
menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal
bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya
yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang
yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat
menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya
dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu
disaat kau terperuk terlalu dalam ...
Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan
menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg
dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal...
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA... dan sangat
BERHARGA.

Tuesday, March 16, 2010

Hikmah Berbakti Kepada Ibu Bapa

Pagi ni...di radio Selangor fm pkl 7.30pagi..motivasi pagi...Dr HM Tuah bercerita mengenai seorang kwn lamanya... nama nya Norizan...waktu sekolah dahulu adalah seorang yang nakal, jahat, degil...cikgu kata norizan ni seorang yang tiada masa depan...

setelah berpuluh tahun berlalu Dr Tuah bertemu semula dgn norizan...terkejut sungguh Dr Tuah.. norizan mempunyai sebuah pusat traning centre sepertinya...lalu norizan pun berceritalah..sehabis MCE dia bekerja mengikut kontraktor dan berjinak- jinak dlm bidang usahawan, tapi bapa dia sakit... dia pun fokus menjaga bapanya yg sakit... sehinggkan satu hari bapanya tercicir najis dikhalayak ramai..demi menjaga maruah bapanya..norizan tidak berfikir panjang utk mengutip najis bapanya...dia menggunakan tangannya tanpa beralas apa- apa pun mengutip terus najis bapanya...

kawan-kawan..dari sini..kita nampak betapa ikhlasnya norizan menjaga bapanya itu...selama 4 tahun norizan menjaga bapanya yang sakit...akhirnya bapa norizan meninggal dunia.

Norizan pun meneruskan cita- citanya untuk menjadi usahawan setelah bapanya tiada...perniagaannya berjaya dan terus berjaya... sehingga dia membina kawasan traning centre dengan harga RM3 juta tanpa membuat pinjaman... bayangkanlah kawan- kawan.. keberkatan dan kenikamatan yg Allah beri pada norizan ini yg begitu ikhlas menjaga aruwah bapanya...seorang alim juga pernah berkata kpd norizan..kejayaannya adalah berkat dia menjaga bapanya dengan penuh keikhlasan...

kesimpulanya...Berbaktilah kita kepada ibubapa kita dengan penuh keikhlasan demi keberkatan hidup dari Ilahi...

Tuesday, March 9, 2010

Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

Pagi tadi dengar lagi Selangor FM..Macam biasa Motivasi Pagi...
en Johar memberi motivasi kpd suami isteri... salah satunya yang sedap di dengar ialah...masa baru - baru kahwin..berat badan masing- masing 45kg 10 ke 15 thn kawin berat badan dah bertambah ke 105kg..so en Johar ckp terimalah pasangan kita seadanya... kalau betul nakkan perubahan pd pasangan maka samalah bantu membantu dlm melakukan perubahan...barulah rumahtangga yg dibina akn harmoni...lagi jgnlah kita cemburu yg tak bertempat...cemburu tu boleh tapi biarlah bertempat... ialahkan kalau tak cemburu tu...mcm tak sayang je... ye tak...buat masa ni itu je... nanti kalau ada motivasi yg best2 bolehlah kita share sama2 k..:))

Monday, December 7, 2009

MOTIVASI PAGI

Pagi ni...ayu dengar motivasi pagi yang disampaikan oleh Dr HM Tuah... mengenai adik tiri lelaki beliau...yang sanggup mengorbankan masa remaja dan masa mudanya untuk menjaga ayah dan ibu yang sedang sakit... seorang pemuda lepasan Universiti tapi sanggup tidak bekerja untuk menjaga orang tuanya... begitu juga kekasihnya ketika itu berkorban masa menunggu utk disatukan...satu pengorbanan yang besar...pemuda itu menjaganya hinggalah ibunya meninggal dunia... kerana pergorbanannya itu dia dpt balasan dari Allah yang Maha Esa... dia telah ditawarkan kerja dengan jawatan ADO di Johor... pada usia hampir 29thn barulah dia menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya yg sabar menunggu itu...

Apa yang kita dapat dari kisah benar ini adalah.. jika kita berbuat baik pada ibu bapa... balasanya pasti yang baik- baik saja utk kita...betapa bertuahnya dia.. dia dpt berbakti pd org tua... dia dpt keredhaan Allah dengan pekerjaan yang baik.. dan mendapat isteri yg setia padanya....Contohilah insan ini... berbaktilah dan ingatlah selalu kedua ibu bapa kita... kerana tanpa mereka kita tak ujud di dunia ini.. dan jasa serta bakti mereka pada kita sejak kita lahir hinggalah kita bergelar suami atau isteri tidak terbalas......

Monday, November 16, 2009

MOTIVASI PAGI

Salam semuanya....

Pagi ini En Johar yg bagi motivasi pagi...

Motivasinya.. lebih kurang degn Dr Tuah..iaitu mengenai kematian yg datang solah-olah tiba-tiba saja...mengingatkan kita mengenai mati yg dtg tanpa kita ketahui bila... cuma ceritanya saja berbeza..

Dr Tuah...mengenai sorg wartawan yg mengelilingi dunia melalui pelayaran.. di setiap sudut kapal beliau ada kamera bagi merakam setiap pergerakannya..dia hampir sampai ke destinasinya lebih kurang lagi 2 jam saja... tiba- tiba dpt panggilan yg meminta dia membantu sebuah kapal yg bermasalah..dia telah pegi ke kapal tersebut dan mendapati tiada sesiapa di sana.. tapi nampak ada tompokan darah, dia merasa sangsi lalu hendak pergi dari situ tapi dia tersekat pd satu tali... lalu dia melepaskan talinya dan hendak berenang menyelamatkan diri.. tapi syg ada makhluk yg begitu besar telah menarik beliau... lalu terus hanyut dan hilang begitu saja.. tragedi ini jelas dpt d lihat kerana terakam di kamera beliau... kalau tak silap sy tragedi ini berlaku pd tahun 1973 di luar negara...
Apa yg nak d sampaikan oleh Dr di sini adalah, dia hampir meraikan kejayaannya tapi ajal telah menjemputnya tanpa di duga oleh sesiapa pun.. Hanya Allah yg Esa saja tau..

En Johar... mengenai seorg lelaki yg bersma-sama dgnnya utk menaiki kpal terbang.. tiba2 pengsan sebelum menaiki kapal terbang... lalu lelaki tersebut meninggal dunia...
Samalah sperti cerita tadi.. kita tak tau bila kita akn di panggil oleh Allah... apa yg patut kita lakukan adalh... mengingati mati itu perlu... utk motivasi diri supaya sentiasa bersedia ke arah itu.. bnyakkanlah beramal...dan bekerjalah kerana Allah.. InsyaAllah Tuhan akan bersma kita...

Wassalam....

Sunday, November 1, 2009

MOTIVASI PAGI

Motivasi pagi di Selangor FM hari ini di sampaikan oleh En Johar...

Pagi ini beliau menyampaikan mengenai otak kita.. Otak kita boleh menyimpan 300 kemahiran untuk kita.. bayangkan 300 kemahiran.. tapi apa yang kita gunakan hanya mungkin 2 ke 5% sahaja...

Jadi apalagi cungkilah kemahiran yang ada pada kita dan gunakan kemahiran kita di tempat yang sepatutnya..kemahiran itu juga boleh memberi pendapatan yang lumayan pada kita sekiranya kita pandai mengelolakannya..

Tuesday, October 27, 2009

MOTIVASI PAGI

Salam....
Pagi ni...Dr HM Tuah yg menyampaikan motivasi pagi...
Katanya... Betul ke kebanyakan Company bagi alasan tak da bonus kerana ekonomi.. tak da kenaikan gaji kerna ekonomi negara yg merundum...dan sebagainya...alasan semua kerana ekonomi yg tak berapa bagus... betul ke??? Dr Tuah membuat kajian... tentang penjualan kereta mewah..... Wah...banyaknya kereta mewah yg telah terjual dan telah di tempah awal... Audi, Mercedez..Porsche yg harganya antara RM300,.000 ke RM600,000 so... macammana... betul ke ekonomi kita merundum... takkan bank nak bagi pinjaman pada mereka yg tak layak...kan...

Katanya lagi... sewaktu dlm perjalanan ke Muar.. banyak org yg berniaga di tepi-tepi jalan..dengan pelbagai jualan..maka..jangalah risau.. berniagalah sebab setiap org yg berniaga pasti ada pembelinya...janganlah risau dengan ekonomi negara.. kereta mewah boleh beli.. makanan lagi diperlukan dalam hidup.. so berniagalah..untuk memantapkan ekonomi sendiri...

Friday, October 23, 2009

Bacalah Untuk Amalan Bagi Umat Islam


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali
sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan
sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu
ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai
isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang
suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.
Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah
itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang
emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk
mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya
iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan
mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun
yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita
menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak
nyaman.. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab
ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan
oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita
(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari
olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan
fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini
benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri
untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita
peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti
kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat
membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam
melakukan aktiviti kita sehari-hari.

Wednesday, October 21, 2009

MOTIVASI PAGI


Hari ni.. dengar En Johar menyampaikan motivasi pagi.. mengenai hubungan suami isteri..katanya.. persefahaman antara suami isteri bukan dpt diperolehi dlm masa 1 bulan, 1 tahun atau pun 2 tahun..ianya memakan masa kadang-kadang hampir 3 tahun mungkin..kerana itulah kita kena mengetahui apa yg psngan kita suka,apa yg dia tak suka, berbaiklah dengan seluruh keluarganya.. begitu juga sebaliknya pasangan kita.. barulah kita dpt persefahaman yg sempurna..

Pernah juga En Johar ini memberi nasihat... janganlah kita sentiasa memikirkan keburukan sahaja.. fikirlah dan kiralah kebaikan yg psangan kita telah lakukan.. di sini barulah kita temukan kebahagian...

Betul juga apa yg En Johar katakan tu.. mmg mengambil masa utk kita saling memahami antara satu sama lain.. fikir-fikirkan dan renungkanlah...semoga ianya menjadi pedoman hidup kita....

Monday, October 19, 2009

MOTIVASI PAGI


Salam...

Pagi ni.. motivasi pagi di sampaikan oleh En Johar Bukhari... Mengenai kisah seorg lelaki sedang mencari kunci yang hilang...dia mencari kuncinya di bawah sinaran lampu jalan yg ada di situ.. maka ramailah yg bertanya padanya..apa yg dicarinya..dia kata dia cari kunci yg hilang..ramailah yg membantunya mencari kunci yg hilang tu.. beberapa ketika dtglah seorang lelaki yg lain (sy panggil lelaki A)bertanya pd lelaki tadi..mencari apa tanya lelaki A.. kunci yg hilang..dimana lelaki A tanya lagi..di depan rumah jwp lelaki tu.. tapi kenapa cari disini..tanya lelaki A.. sbb di sini ada lampu.. depan rumah tak da lampu, kalau cari pun pasti tak jumpa...

Itu jawapan lelaki itu... apa yg dpt diambil contoh di sini ialah kita bekerja.. keluar pagi..balik hampir senja.. tapi apa yang kita cari sebenarnya??? kerja, kerja, kerja... tentunya untuk menyara keluarga..tapi selain dari itu carilah keredhaan Allah yg sebenar.. baru lah kita bekerja mendapat keberkatan... barulah kita mencari kunci di tempat yg terang...

Semalam pun.. En Johar tg sampaikan motivasi tapi.. tak sempat nak selitkan... semalam mengenai Lori Sampah... janganlah kita jadi Lori Sampah...kisahnya.. seorang pemandu teksi.. yang sedang lalu di kawasan letak kenderaan.. tiba- tiba keluar sebuah kereta dari parking nya... dengan cara mengundur.. maka teksi tadi terpaksa brek mengejut... tapi org yg keluar kereta tu yg memaki hamun pemandu teksi tadi dengan sumpah seranahnya...apa jawapan pemandu teksi tu... Hanya senyuman yg diberikan..sungguh hairan penumpang teksi tu... mengapa encik tak marah tanyanya....kata pemandu teksi tu.. tak pa... buat apa kita nak balas balik.. kita doakan kebaikan untuk dia.. kalau kita balas balik bermakna kita jadi LOri Sampah lah.. yg mengambil semua kemarahan dari berbagai sudut dan buang merata tempat... So janganlah jadi Lori Sampah...

Thursday, October 15, 2009

MOTIVASI PAGI


Salam....Hari ni motivasi pagi macam biasalah Dr H.M Tuah... cerita benar tapi pelik.... kisahnya mengenai anak saudaranya sendiri... seorg kanak- kanak yg sempurna.. tapi ketika berusia 13thn tiba- tiba kakinya seolah-olah lumpuh..langsung tak boleh berjalan...parents jenis yang warak... (kuat agama).. bermacam-macam cara dan kaedah telah dicuba untuk merawat gadis ini.. tapi tak berhasil.. dari perubatan moden hinggalah ke perubatan tradisional... masih tak berhasil..setelah 5 tahun mereka berusaha akhirnya hanya dengan perubatan ais... barulah gadis ini sembuh...
APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT....
Berusahalah sesungguhnya.. usaha itu perlu barulah kita bertawakal pada ALLAH..
hanya ALLAH sahaja yang boleh menyembuhkan kita... sesungguhnya ALLAH menguji keluarga tadi.. sampai tahap mana kesabaran dan usaha mereka....Kita berubat... dengan kuasa Yang Maha Esa..kataNya sembuh maka sembuhlah dia... dengan keserasian yang ALLAH beri untuk dia...

Maka sama- samalah kita berusaha sama ada untuk kesihatan diri atau untuk kemajuan diri.. Berusahalah dan kemudian bertawakallah kita kepada ALLAH.. sesungguhnya ALLAH maha pengasih dan penyayang terhadap hambanya... Wassalam

Tuesday, September 29, 2009

MOTIVASI PAGI


Assalamulaikum... saudara seIslam ku.... Selamat Hari Raya....

Lama dah tak update blog ni... komputer kat umah rosak... tu yg susah tu...
Hari ni ayu nak ceta psl motivasi pagi mcm biasa... hari ni Dr Tuah yg bagi motivasi tu...
Ceritanya mengenai anak- anak... Dr Tuah bercerita mengenai sorg pemuda yg nampak baik sangat.. mak ayah dia, saudara mara dia semua ckp dia seorang pemuda yg baik ... seorang yg pendiam tak byk ckp kiranya nmpak baik je lah...rupa- rupanya satu hari tu.. pemuda ini meninggal dunia kerana merempit... semua org tak percaya termasuklah mak ayah dia... ialah nampak pendiam tak byk cerita.. rupa-rupanya kaki rempit..
So pengajaran yg kita dpt dari cerita ni... Dr Tuah ckp sentiasalah mengawasi anak- anak kita walaupun nampak baik pendiam tapi kena lah juga mengawasinya...

Thursday, September 17, 2009

MOTIVASI PAGI


Pagi ini.. Dr Tuah bercerita kisah benar tapi pelik....Mengenai seorg pemuda yang membuat perubahan di sebuah kampung...Kampung tu...di buka oleh org dari tanah seberang sejak 1880 lagi...Kisahnya.. malam raya org kpg tu... biasa- biasa je... tak da takbir raya dari rumah ke rumah.....mcm kg2 lain... satu hari di awal 90an..adalh org yang buat perubahan mengadakan takbir raya dari rumah ke rumah..esoknya tu.. dia di marahi oleh ketua kg tersebut.. sbb buat tadbir raya tu.. pelikan.. siap ckp lagi.. selama ni.. tak da takbir raya.. tak da pun bencana di kg ni.. jgn nak memandai-mandai buat perubahan...so.. sehinggalah skrg tiada takbir raya.. lagi... sedangkan kita digalakkan untuk bertakbir dan bertahmid di malam raya.. tak faham betul ayu.. seorg Islam.. tak suka bertakbir.. kan tkbir tu memuji Allah dan Membesarkan Allah serta ada Kalimah Syahadah lagi... Subhanallah... Satu lagi Dr Tuah mengucapkan Tahniah kpd sesiapa yg pulang ke Kampung untuk Beraya bersama Ibu Bapa....bagi ayu.. selagi ada Ibu Bapa di dunia ini hormatilah mereka..sayangilah mereka walaupun kadang-kadang banyak kerenahnya.. tapi ingatlah dulu masa kita kecil pun kita banyak kerenah... kan... sabar je Ibu kita melayan.. So ingatlah jasa mereka dan jagalah hati mereka hingga akhir hayat kita...

MOTIVASI PAGI


hari ni.. motivasi pagi psl bayar zakat... kta di galakkan bayar zakat... selain zakat fitrah... zakat perniagaan pun elok di bayar pada bulan Ramadhan... selain dari tu...bersedekah pun paling digalakkan dlm bulan ini.... ye lah.. sedekahlah org yang lebih susah dari kita sebelum bulan Syawal sbb kalau kita sedekah waktu hari raya... kan ke dah lepas raya... kan lebih baik sebelum raya.. untuk kegunaan menjelang Syawal.... betul kan... itulah yang Dr Tuah ckp.. pagi ini...

Tuesday, September 15, 2009

MOTIVASI PAGI


Hari ni.. ayu dengar motivasi pagi di Selangor FM... (nak ceta sikit... sebenarnya ayu ni penggemar radio Sinar FM tapi bila 7.30pagi je... ayu tukar sekejap dengar Motivasi Pagi...Dr HM Tuah Atau En Johar) Pagi tadi mengenai seorang buta tapi sikap seperti org yang sempurna... yang baiknya.. seorang yang berpengetahuan tinggi dalam agama dan lepasan Universiti... yang tak baiknya org seperti dia masih boleh memukul isteri dan bermain kayu tiga... dia pukul isteri dia bila isteri lambat menghidang makanan atau apa jua perintahnya tidak di turuti dengan segera... kata Dr org buta ni Hansem... so ramailah yang minat kat dia masa di U dulu hingga menjadi rebutan... pelik kan....isteri dia sempurna... malah dari apa yg Dr cerita tu isteri ini seorang yg taat pada suami... sehinggakan suami panggil untuk dipukul pun dia datang pada suami dia... pelik betul ayu mendengarnya... ada juga wanita yg begitu taat sehingga sanggup di pukul... nak ikutkan dia kan boleh mengelakkan... sikap taat itu bagus tapi kalau dah memudaratkan kan baik buat sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah....entahlah.. Itulah bagi ayu apa yang baik kita jadikan teladan dan yg buruk itu kita jadikan sempadan ok.....