Tuesday, December 29, 2009

Cuti Di Melaka





Anak- anakku ini sempat bermain kemuncup.. melagakan kemuncup...siapa punya kemuncuk yang habis dulu dialah yang kalah...

Alahamdulillah... setelah bercuti di Gunung Ledang... lepas tu sambung di Melaka...semuanya selama 5 hari 4 malam... anak- anak merasa puas bercuti dan mereka semua mengucapkan terima kasih pada kami suami isteri.....
Sayang anak- anak Ku...









Lihatlah bangunan lama di Melaka.. tak boleh nak berhenti.. ambil gambar dalam kereta je.. jem gila kat Melaka....parking susah...



Malamnya kami jalan -jalan di Perkampungan Portugis... bersama kakak ipar yang sangat ayu sayangi..ayu tak da kakak..so ayu anggap kak long ni macam kakak sendiri...




seronok lak anak-anak ini bergambar dengan lembu....maklumlah kat rumah kami ni kawasan perumahan taman...




Bergambar dengan mak mertua...


Balik je dari Gunung Ledang Resort kami terus ke Melaka... Rumah mak mertua... lihatlah suasana kampung di sana... tapi tak jauh dari Bandar Melaka cuma 10 ke 15 minit dah sampai Bandar Hilir...

Bercuti di Gunung Ledang Resort





Balik singgah di Gerai Cendol Wak Rom...Tambah percuma....bukan seremban je yang ada Tangkak pun ada gak...



Esoknya bergambar dulu kat depan pintu masuk Gunung Ledang Resort

Dah keletihan..tengoklah anak-anak ku ini nyeyaknya tidur...






Malamnya kami pergi ke Bandar Muar ronda-ronda di sana...








Yang ni pulak hubby n anak daranya dia n anak bujang dia naik atas sekali dekat dengan tempat M.Nasir shooting filem Puteri Gunung Ledang.. nasib baik tak jumpa puterinya...

href="http://4.bp.blogspot.com/_3I9PTyzjrnw/SzntFt5Gy-I/AAAAAAAAANE/GCoXO4v3gQM/s1600-h/DSCN1705.JPG">


Cuti Krismas hari tu adalah hari lahir ayu...di sambut sederhana je pd pkl 12.00mlm di rumah mak... tapi esoknya kamisekeluarga pergi bercuti di Gunung Ledang Resort... Johor.. seronoknya anak- anak ini mandi di air terjun....

Wednesday, December 23, 2009

Nak Pegi Bercuti....

Anak- anak sibuk kat umah tu...tengah pilih baju yang mana nak bawak...yelah nama pun budak- budak..bukan jauh pun nak gi bercuti tahun ni... kat Johor je... pas tu sambung ke Melaka lak rumah ibu mertua ku...

bawak lak ibu mertuaku jalan- jalan cari makan kat Melaka.. kesian dia.. sorang2 je kat umah tu... so kami ada ni, nak bawaklah dia jalan- jalan pusing town... nak ikutkan umah mertua ku.... dekat gak dengan town dalam 10 ke 15 minit je dah sampai Bandar Hilir...tapi dia lebih suka kalau kami yang bawak dia jalan- jalan...

Ibu mertuaku ini pernah jugak diajak tinggal kat rumah anak-anak, rumah ayu, rumah kak long dan kak ngah kat melaka, tapi dia tak nak... dia lebih suka tinggal rumah dia... katanya banyak kenangan dengan arwah bapa mertua...kesian dia.. mungkin kalau kita dah tua nanti pun macam tu kan...Tu lah sebabnya kami dah tak paksa dia lagi untuk tinggal bersama kami... Cuma kami risau dia sorang kat umah tu...2 tau 3 hari sekali ayu dan suami akan call..macam tu jugak dengan adik- beradik yang lain...untuk mengetahui keadaan nya...

Untuk kawan- kawan semua Selamat Bercuti juga buat Semua....

Thursday, December 10, 2009

Beransur Pulih


Alhamdulillah..demam ini beransur pulih...pening kepala dah hilang..tinggal sakit2 badan je lagi ni...tapi ayu tetap gak gagahkan diri utk buat minum pagi anak2 ni... my hubby outstation...so tinggal i dgn anak2 je ni... tapi mak abah dekat gak.. d org selalu dtg sini..kadang2 kalau ayu bosan ayu ke sana....

tak sabar nak bawak bbudak ni cuti2 Malaysia... cuti krismas nanti kami semua ke Tangkak.. Sagil...air terjun kat sana..bes....nanti kita share percutian kami ye...

Wednesday, December 9, 2009

Demam lah...

Semalam dgn ari ni ayu mc.. demam selsema... makan ubat rasa mcm dah ok... tapi bila bangun pagi tadi..satu badan rasa sakit-sakit...demam balik...makan ubat lagi....harap-harap cepatlah sembuh...tak tahan sakit kepala...bila duduk umah ni...mcm-mcm lak kerenah anak2 ni...kepala dah la sakit... bbudak ni terjerit2 bermain... aduhai...sabar je lah... kalau tak da d org ni boring lak...tu yg ayu kena byk bersabar tu... kakak (anak yg sulung) je yg faham..marah adik2nya buat bising...tolong masak..lega sikit...hai..anak-anak...sbar je lah.....

Monday, December 7, 2009

MOTIVASI PAGI

Pagi ni...ayu dengar motivasi pagi yang disampaikan oleh Dr HM Tuah... mengenai adik tiri lelaki beliau...yang sanggup mengorbankan masa remaja dan masa mudanya untuk menjaga ayah dan ibu yang sedang sakit... seorang pemuda lepasan Universiti tapi sanggup tidak bekerja untuk menjaga orang tuanya... begitu juga kekasihnya ketika itu berkorban masa menunggu utk disatukan...satu pengorbanan yang besar...pemuda itu menjaganya hinggalah ibunya meninggal dunia... kerana pergorbanannya itu dia dpt balasan dari Allah yang Maha Esa... dia telah ditawarkan kerja dengan jawatan ADO di Johor... pada usia hampir 29thn barulah dia menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya yg sabar menunggu itu...

Apa yang kita dapat dari kisah benar ini adalah.. jika kita berbuat baik pada ibu bapa... balasanya pasti yang baik- baik saja utk kita...betapa bertuahnya dia.. dia dpt berbakti pd org tua... dia dpt keredhaan Allah dengan pekerjaan yang baik.. dan mendapat isteri yg setia padanya....Contohilah insan ini... berbaktilah dan ingatlah selalu kedua ibu bapa kita... kerana tanpa mereka kita tak ujud di dunia ini.. dan jasa serta bakti mereka pada kita sejak kita lahir hinggalah kita bergelar suami atau isteri tidak terbalas......

Thursday, December 3, 2009

Anak- anak Ku






29hb Nov yang lepas anak-anak ku ini pegi Cameron Highland bersama-sama dengan makciknya..adik ayu....adik ajak ayu pegi,..tapi tak laratlah sbb hari Sabtu tu buat kenduri so.. nak kemas2lah... jadinya adik n anaku je yg pegi... seronok betul anak2ku bersama sepupunyer aiman... bergambar guna hp makciknye...tengoklah betapa cerianya mereka ni...tapi gambar kakak tak da.. adiknyer yg konker hp tu...

Raya Haji Yang Lalu






Hari pertama Aidiladha kawasan perumahan kami tak buat korban... takut tak sempat sbb ari Jumaat kena cepat2 so mereka buat hari raya kedua..so ayu n family pegilah umah nenek sebelah emak di Jelebu negeri Sembilan...Dalam perjalanan balik kami singgah umah pak ngah di Semenyih...Oleh kerana balik dari Jelebu tu kami ikut jalan Genting Peras...jadi dptlah ayu ambik gambar Empangan Semenyih...yang mendamaikan hati dan menyejukan mata yang memandang..

Monday, November 23, 2009

Anak- anak Ku


Seronoknya bila anak- anak ku semua ada kat umah...
Cuma satu je lah.. yang lelaki tu selalu gak nak gaduh...aii.. pening gak kepala... tapi bila time makan tu... best rasanye.. bila ramai2... berselera.. anak2 lak banyak permintaannya... katanya... ibu buat kek coklat bu... seorang lagi ibu buat sotong goreng tepung ... dah macam restoran lak bebudak ni order.... tapi tak pa ada kelapangan hujung minggu boleh lah buat kek ke.. masak havy sikit... betul tak....

Tuesday, November 17, 2009

MENJANA PENDAPATAN

"--> http://formulaluarbiasa.com/recommends/rahsiajadikaya"

PELUANG MENJANA PENDAPATAN

Cikgu jana RM90,000 dari rumah?

Mungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
mulanya. Mana mungkin cikgu boleh buat duit sebanyak
itu dengan internet? Tapi...

Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
RM80,000 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
sistem yang sungguh luar biasa ini.

Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...

Hisham (RM93,200 +)..cikgu!
Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
Masrule (RM13,400 +)..IT!
Syed (RM17,000+).. pensyarah!
Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
Ramzi (RM5000+)..JKR!
Kamil (RM5800+)..pencen!
Purnama (RM8500+)..surirumah!
Zahid (RM8000+).. pensyarah!
Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
Safian (RM2000+)..usahawan!

Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:


--> http://formulaluarbiasa.com/recommends/rahsiajadikaya


Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!

Kita jumpa disana nanti!

Ikhlas,
Pn Seri Ayu


Kawan- kawan RM435,200 dalam masa 7 bulan?

Apa Khabar?

Saya telah menjumpai sesuatu yang sungguh luar biasa
dan andalah orang pertama yang saya ingat apabila
pertama kali melihatnya.

Sahabat saya, Mohd Nizam akan mendedahkan beberapa teknik
dan strategi kekayaan yang belum pernah didedahkan, antaranya:

[X] Bagaimana beliau menjana RM35,956.40 dalam 30 hari!

[X] Rahsia beliau membina 65,000 list prospek dalam
masa singkat!

[X] Bagaimana beliau menukarkan RM100 kepada RM500
dengan teknik rahsia Ini!

[X] Strategi yang beliau gunakan untuk menjana
RM435,200 dalam masa 7 bulan!

[X] Rahsia seorang surirumah menjana pendapatan
RM35,000 sambil menjaga 3 orang anak dirumah!

Anda boleh membaca laporan rahsia ini secara PERCUMA
dengan melawat ke sini:


http://formulaluarbiasa.com/recommends/rahsiajadikaya

Kita jumpa disana nanti!

Ikhlas,

Pn Seri Ayu

Doa

Doa orang berdosa ditolak Allah




SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.

Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.

Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.

Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya?

Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji?

Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.

Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya.

Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:
• Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
• Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.
• Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.

Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.
• Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."

Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.
• Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

Monday, November 16, 2009

MOTIVASI PAGI

Salam semuanya....

Pagi ini En Johar yg bagi motivasi pagi...

Motivasinya.. lebih kurang degn Dr Tuah..iaitu mengenai kematian yg datang solah-olah tiba-tiba saja...mengingatkan kita mengenai mati yg dtg tanpa kita ketahui bila... cuma ceritanya saja berbeza..

Dr Tuah...mengenai sorg wartawan yg mengelilingi dunia melalui pelayaran.. di setiap sudut kapal beliau ada kamera bagi merakam setiap pergerakannya..dia hampir sampai ke destinasinya lebih kurang lagi 2 jam saja... tiba- tiba dpt panggilan yg meminta dia membantu sebuah kapal yg bermasalah..dia telah pegi ke kapal tersebut dan mendapati tiada sesiapa di sana.. tapi nampak ada tompokan darah, dia merasa sangsi lalu hendak pergi dari situ tapi dia tersekat pd satu tali... lalu dia melepaskan talinya dan hendak berenang menyelamatkan diri.. tapi syg ada makhluk yg begitu besar telah menarik beliau... lalu terus hanyut dan hilang begitu saja.. tragedi ini jelas dpt d lihat kerana terakam di kamera beliau... kalau tak silap sy tragedi ini berlaku pd tahun 1973 di luar negara...
Apa yg nak d sampaikan oleh Dr di sini adalah, dia hampir meraikan kejayaannya tapi ajal telah menjemputnya tanpa di duga oleh sesiapa pun.. Hanya Allah yg Esa saja tau..

En Johar... mengenai seorg lelaki yg bersma-sama dgnnya utk menaiki kpal terbang.. tiba2 pengsan sebelum menaiki kapal terbang... lalu lelaki tersebut meninggal dunia...
Samalah sperti cerita tadi.. kita tak tau bila kita akn di panggil oleh Allah... apa yg patut kita lakukan adalh... mengingati mati itu perlu... utk motivasi diri supaya sentiasa bersedia ke arah itu.. bnyakkanlah beramal...dan bekerjalah kerana Allah.. InsyaAllah Tuhan akan bersma kita...

Wassalam....

Saturday, November 14, 2009

Kenduri kat rumah manja....

Senang hati bila anak-anak dah abis priksa....
tak taulah macamna keputusan d org tu...

Semalam kat umah manja (satu2nya adik perempuan ku) buat kenduri pindah umah..penat betul.... tolong dia masak.... masak kat umah ayu...pas tu antar kat umah manja.. maklumlah perkakas memasak utk kuantiti yg banyak tak da kat umah manja.. tu yg dia minta kakak dia ni tolong masakan... penat memang penat.. tapi seronok bila tengok org makan berulang-ulang ambk lauk... rasa hilang penat.... Alhamdulillah selesai dengan sempurna.. tapi tak sempat ambk gambar.. sbb sibuk melayan dan menambah makanan yg sentiasa kurang dlm tray....

Tuesday, November 10, 2009

Minggu yang sibuk

Minggu ini dan minggu lepas adalah hari- hari yg sibuk... anak-anak exam... so kenalah ambil perhatian yg lebih kat d org... tulah tak sabar nak tunggu cuti sekolah...semua anak ada kat umah...minggu depan anak dara tu balik... aii tak sabar rasanya.. dah rindu sgt ni...

Minggu ni juga byk keja kat off.. pening kepala bila semuanya nak urgent...

Nak ceta sikit pasal minggu lepas pegi kenduri kawin...pas tu masa perjalanan balik terserempak dgn persandingan yg unik di kenduri kawin org lain... naik 'pek ho' lagi bersanding kat atas 'pek ho' tu... tapi nak ambik gambar tak boleh org terlampau ramai mengerumuni pengantin... just simpan kat minda jelah...

Wednesday, November 4, 2009

ILMU


Ilmu yang cukup baik untuk kita sama2 amalkan agar ia lebih memberi
manafaat kepada sesiapa yang akan mati.......Wallahua'lam.

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum
mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi
bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'
seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang
yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan
kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk
membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat
yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk
menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
(menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti
lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul
maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui
ikutan adat.

Amiin.

Sunday, November 1, 2009

Selamat Hari Lahir Abah







Kami Sayang Abah

Pada 1 November 2009 kami meraikan hari lahir Abah kat rumah adik di Seksyen 3...kira majlis tertutup je... kami akan raikan sekali lagi pada 22 November ni kat rumah Along..kira masa tu meriahlah sikit sebab semua adik bradik ayu ada nanti..kat rumah along nanti kami raikan hari lahir Abah, Along dan Ateh..sbb hari lahir mereka semua ni pada bulan November so.. raikan sekali.. tu yg meriah sikit nanti..

Ok lah tengok gambar- gambar kat rumah adik ni.. seronok juga sebenarnya.. bila abah spoting sangat dengan kerenah kami dan cucu-cucunya..