Friday, October 30, 2009

Amalan Buat Muslimin dan Musliman

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah

sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan

lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,

Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,

setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua

memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Wednesday, October 28, 2009

Sesungguhnya Kita Patut Bersyukur

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau
tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,
krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita
masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg
perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita
ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu
bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita
masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita
masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...



"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Tuesday, October 27, 2009

Lawatan Ke Karagkraf Best....





Semalam...Jabatan kami ada membuat lawatan ke Karangkraf di Shah Alam.. memang best.. melihat kemajuan syarikat bumiputra yang dari sebuah kedai buku yg kecil kepada sebuah syarikat yang maju dan benar- benar berjaya..kilang percetakan yang canggih yg dapat mengeluarkan ribuan cetak dlm masa 1 jam... wow.. mmg canggih..
Saya sebagai orang melayu memang berasa bangga bila dengar org melayu yang berjaya seprti ini...
Kami sempat berjumpa dengan editor majalah wanita bersama kumpulannya... dan terserempak dengan abg RR tengok tu.. gayanya... dengan kecohnya dia... editor majalah keluarga pun ada juga masa tu...

Inilah satu pengalaman dan satu motivasi bagi kita semua org melayu agar maju seperti mereka...

MOTIVASI PAGI

Salam....
Pagi ni...Dr HM Tuah yg menyampaikan motivasi pagi...
Katanya... Betul ke kebanyakan Company bagi alasan tak da bonus kerana ekonomi.. tak da kenaikan gaji kerna ekonomi negara yg merundum...dan sebagainya...alasan semua kerana ekonomi yg tak berapa bagus... betul ke??? Dr Tuah membuat kajian... tentang penjualan kereta mewah..... Wah...banyaknya kereta mewah yg telah terjual dan telah di tempah awal... Audi, Mercedez..Porsche yg harganya antara RM300,.000 ke RM600,000 so... macammana... betul ke ekonomi kita merundum... takkan bank nak bagi pinjaman pada mereka yg tak layak...kan...

Katanya lagi... sewaktu dlm perjalanan ke Muar.. banyak org yg berniaga di tepi-tepi jalan..dengan pelbagai jualan..maka..jangalah risau.. berniagalah sebab setiap org yg berniaga pasti ada pembelinya...janganlah risau dengan ekonomi negara.. kereta mewah boleh beli.. makanan lagi diperlukan dalam hidup.. so berniagalah..untuk memantapkan ekonomi sendiri...

Friday, October 23, 2009

Bacalah Untuk Amalan Bagi Umat Islam


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali
sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan
sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu
ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai
isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang
suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.
Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah
itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang
emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk
mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya
iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan
mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun
yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita
menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak
nyaman.. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab
ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan
oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita
(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari
olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan
fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini
benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri
untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita
peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti
kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat
membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam
melakukan aktiviti kita sehari-hari.

Abang Out Station


Rindu rasanya kat my hubby.. out station.. hari Ahad lak tu baru balik.. nak wat camana dah tugas..bukanya apa semenjak bulan puasa ari tu.. hubby tak ke luar daerah smpailah raya.. ni dah mulalah balik tugasannya ke luar daerah...
Miss u... My Dear...

Wednesday, October 21, 2009

MOTIVASI PAGI


Hari ni.. dengar En Johar menyampaikan motivasi pagi.. mengenai hubungan suami isteri..katanya.. persefahaman antara suami isteri bukan dpt diperolehi dlm masa 1 bulan, 1 tahun atau pun 2 tahun..ianya memakan masa kadang-kadang hampir 3 tahun mungkin..kerana itulah kita kena mengetahui apa yg psngan kita suka,apa yg dia tak suka, berbaiklah dengan seluruh keluarganya.. begitu juga sebaliknya pasangan kita.. barulah kita dpt persefahaman yg sempurna..

Pernah juga En Johar ini memberi nasihat... janganlah kita sentiasa memikirkan keburukan sahaja.. fikirlah dan kiralah kebaikan yg psangan kita telah lakukan.. di sini barulah kita temukan kebahagian...

Betul juga apa yg En Johar katakan tu.. mmg mengambil masa utk kita saling memahami antara satu sama lain.. fikir-fikirkan dan renungkanlah...semoga ianya menjadi pedoman hidup kita....

Monday, October 19, 2009

MOTIVASI PAGI


Salam...

Pagi ni.. motivasi pagi di sampaikan oleh En Johar Bukhari... Mengenai kisah seorg lelaki sedang mencari kunci yang hilang...dia mencari kuncinya di bawah sinaran lampu jalan yg ada di situ.. maka ramailah yg bertanya padanya..apa yg dicarinya..dia kata dia cari kunci yg hilang..ramailah yg membantunya mencari kunci yg hilang tu.. beberapa ketika dtglah seorang lelaki yg lain (sy panggil lelaki A)bertanya pd lelaki tadi..mencari apa tanya lelaki A.. kunci yg hilang..dimana lelaki A tanya lagi..di depan rumah jwp lelaki tu.. tapi kenapa cari disini..tanya lelaki A.. sbb di sini ada lampu.. depan rumah tak da lampu, kalau cari pun pasti tak jumpa...

Itu jawapan lelaki itu... apa yg dpt diambil contoh di sini ialah kita bekerja.. keluar pagi..balik hampir senja.. tapi apa yang kita cari sebenarnya??? kerja, kerja, kerja... tentunya untuk menyara keluarga..tapi selain dari itu carilah keredhaan Allah yg sebenar.. baru lah kita bekerja mendapat keberkatan... barulah kita mencari kunci di tempat yg terang...

Semalam pun.. En Johar tg sampaikan motivasi tapi.. tak sempat nak selitkan... semalam mengenai Lori Sampah... janganlah kita jadi Lori Sampah...kisahnya.. seorang pemandu teksi.. yang sedang lalu di kawasan letak kenderaan.. tiba- tiba keluar sebuah kereta dari parking nya... dengan cara mengundur.. maka teksi tadi terpaksa brek mengejut... tapi org yg keluar kereta tu yg memaki hamun pemandu teksi tadi dengan sumpah seranahnya...apa jawapan pemandu teksi tu... Hanya senyuman yg diberikan..sungguh hairan penumpang teksi tu... mengapa encik tak marah tanyanya....kata pemandu teksi tu.. tak pa... buat apa kita nak balas balik.. kita doakan kebaikan untuk dia.. kalau kita balas balik bermakna kita jadi LOri Sampah lah.. yg mengambil semua kemarahan dari berbagai sudut dan buang merata tempat... So janganlah jadi Lori Sampah...

Rindu




Kami doakan kakak....
Mudah-mudahan kakak rajin study for final exam this year and dapat best student lagi...


Dah malam mcm ni..teringat kat anakku yang jauh.. baru je..hantar kat asrama hari Ahad hari tu...tengah tunggu dia call lah ni... Ibu miss u kakak...

Sunday, October 18, 2009

Kemeriahan di rumah mak dan hari lahir hakimie







KEK HARI JADI


kek lagi

KEK HARI JADI


Tengoklah tu... kek hari lahir Hakimie...

KENDURI RUMAH MAK



Salam....
Alhamdulillah...kenduri kat rumah mak berjalan lancar dan sempurna...Kenduri ni hanya kami adik beradik je yang baca Yassin... Family gathering...selepas baca Yassin kami sembahyang berjemaah sekeluarga... dan lepas tu...Sambut Hari Lahir Nurhakimie Irfan yang ke 9.. tengoklah kek dia tu... Upin & Ipin lagi.... bkn main suka dan cerianya dia masa tu sbb ada gambar dia kat tengah - tengah upin & ipin tu...

Dalam gambar yg second tu.. gambar ayu ada.. tapi. gambar yg first tak ada..sbb ayu yg ambk gambar...

Yang pasti gambar adik kami yg bongsu tak ada...Muhammad NurFirdaus..sebab dia dah meninggal.. pada 12hb Januari 2006..AL Fatihah untuk adik...tanpa sakit adik tiba- tiba jatuh pengsan di sekolah dan terus meninggal dunia... dlm surat matinya.. tertulis heart failure.. dah sememangnya bila jantung tidak berfungsi akan meninggallah kita.. memang tak ada sakit jantung atau apa2 penyakit merbahaya.. tiba2 je adik pergi meninggalkan kami...Ini lah ajal namanya.. dah tertulis yang dia meninggal pada usia 15thn.. itu janjinya dengan Yang Esa. kami sekeluarga redha dengan pemergiannya.. adik masih muda.. belum baligh..Belum berdosa mungkin...mudah-mudahan... Adik dalam kenangan...

Jadi tinggallah kami 6 bradik... Syukur juga kami pada Yang Maha Esa... masih punya Mak Abah yang baik pada kami dan adik beradik yang sehati dan sejiwa......

Thursday, October 15, 2009

ALPHA LIPID


Salam... Dah bacakan Motivasi Pagi... apa yang ayu boleh kaitkan dan highlight kan... kat sini adalah..Usaha untuk sihat itu penting... Maka minumlah susu Alpha Lipid untuk kesihatan semulajadi... Dulu ayu hampir kena gaout... kerana urik asid banyak dalam darah... Tapi berkat usaha ayu, keserasian dengan susu ini dan yang utama dengan izin Allah jua.. ayu dah tak kisah nak makan sea food.. berjalan jauh.. kaki tak sakit dan tak bengkak pun Syukur Alahamdulillah... pelanggan ayu pun sama.. Pn Rohani.. selalu sesak nafas.. tarik nafas tak selesa..macam2 ubat dia cuba akhirnya susu Alpha Lipid Alhamdulillah dengan izinNya..tiada lagi sesak nafas... jadi apa tunggu lagi mungkin ini adalah makanan kesihatan yang sesuai dengan anda semua.. cubalah... saya juga selalu mendoakan kesihatan yang sempurna untuk pelanggan dan semua Umat Muhammad S.A.W

MOTIVASI PAGI


Salam....Hari ni motivasi pagi macam biasalah Dr H.M Tuah... cerita benar tapi pelik.... kisahnya mengenai anak saudaranya sendiri... seorg kanak- kanak yg sempurna.. tapi ketika berusia 13thn tiba- tiba kakinya seolah-olah lumpuh..langsung tak boleh berjalan...parents jenis yang warak... (kuat agama).. bermacam-macam cara dan kaedah telah dicuba untuk merawat gadis ini.. tapi tak berhasil.. dari perubatan moden hinggalah ke perubatan tradisional... masih tak berhasil..setelah 5 tahun mereka berusaha akhirnya hanya dengan perubatan ais... barulah gadis ini sembuh...
APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT....
Berusahalah sesungguhnya.. usaha itu perlu barulah kita bertawakal pada ALLAH..
hanya ALLAH sahaja yang boleh menyembuhkan kita... sesungguhnya ALLAH menguji keluarga tadi.. sampai tahap mana kesabaran dan usaha mereka....Kita berubat... dengan kuasa Yang Maha Esa..kataNya sembuh maka sembuhlah dia... dengan keserasian yang ALLAH beri untuk dia...

Maka sama- samalah kita berusaha sama ada untuk kesihatan diri atau untuk kemajuan diri.. Berusahalah dan kemudian bertawakallah kita kepada ALLAH.. sesungguhnya ALLAH maha pengasih dan penyayang terhadap hambanya... Wassalam

Lama Tak Update..

Salam Semua Insan Hamba Allah....
Lama betul ayu tak update blog ni... sibuk satu hal... tak sihat pun ada gak...
Sibuk sampai tak sempat nak mengadap komputer...

Wednesday, October 7, 2009





Malam tadi.... rasa teringin nak makan car kue tiau.... so kami anak beranak pegilah fasa empat tambahan... org ni.. cuma buka stall je tepi jalan.. tapi car keu tiau dia... fuhhhhh... mavles.... kalau tak caya cubalah... sesiapa yg tinggal kat area BBBangi... boleh gi sana.. senang je..boleh nampak kat tepi jalan laluan ke Kajang... ada trafic light..masuk kat Fasa 4 tambahan tu...

MERIAHNYA RAYA







Tengahari semalam kami beraya di rumah kawan... dulu satu jabatan dengan kami... best..... yang kelakarnya... bebudak ni.. first time naik keta Exora ayu.... amboi.... tengok tu.. bukan main lagi bergambarnya dalam keta tu............

Monday, October 5, 2009

ALPHA LIPID









Ayu nak ceta lagi pasal Susu Alpha Lipid ni....
Mak ayu minum susu ni... dulu dia susah nak tidur... maklumlah umur mak dah mencecah 59 tahun... tapi selepas mak minum susu ni.. tidur dia teratur dan tidur yang nyenyak... Alhamdulillah.... Dengan IzinNya jua... ada juga pelanggan lain yang dah beli.. nantilah kalau ada masa.. ayu ambil gambar mereka dan ceritakan perkembangan terbaru selepas minum susu ni... Ada juga pelanggan yang dah bagitau ayu.. ada perubahan selepas minum susu ni.. masalah dia sama macam mak... Alhamdulillah juga dia mendapat tidur yang sempurna...

Abang ipar ayu yang minum susu ni...sebelum ayu... perut dia buncit dan keras.. tapi selepas minum 2 tin perut dia beransur mengecil dan dah tak keras lagi... dan badan dia tak perlu tampal koyok selepas penat bekerja... berat badan turun sedikit demi sedikit...

Sebenarnya.. banyak lagi kebaikan minum Susu nie.. Ini Susu untuk kesihatan diri...
sesuai untuk mereka yang ada darah tinggi, kencing manis, gaot, membaiki masalah sembelit..melambatkan proses penuaan.. sesuai juga mereka yang kena demam denggi.. seperti kata..Pengarah Hospital Sultanah Ampuan Rahimah Klang, Dr Ghazali Husni..katanya.. minumlah susu ini untuk kita melawan segala penyakit termasuklah denggi...
Betul juga... kan tak salah berusaha untuk mencegah penyakit dari awal...ini salah satu usaha kita dan kemudian kita Berserah Kepada Allah yang Esa... sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mencegah penyakit dari hinggap kat diri kita...

Ni adalah pempletnya... tapi tak berapa jelas..

Sesiapa jua yang nak beli Susu ALpha Lipid ni.. bolehlah Berhubung dengan Ayu... SMS je... 019-3030563 atau email.. seri_zek@yahoo.com.my.. ym pun boleh....

Bakar Satay







Semalam saje je.. lepak kat umah mak... lagi pun abg balik lambat...pas tu abah bakar satay lak tu.. tengoklah anak- anak ayu tu.. seronok betul tolong atuk dia bakar satay... satay ni saje je bakar.. untuk makan sendiri je...


Sebenarnya.. abah ayu ni dulu selain dari bekerja dengan PKNS.. sebelah malamnya berniaga satay... Alhamdulillah... laku sampai kami tak cukup tangan nak cucuk satay... resepi satay dan kuah kacang mak memang sedap.. sape2 je makan mmg tak boleh lupa lah kesedapannya tu... mak mertua ayu, cucu- cucu mak semua kalau boleh hari raya mesti nak mak buat kuah kacang...tu yang laris tu... tapi biasa lah.. kalau kita berniaga laris ni... ada je.. anasir2 yang dengki... lama2 mak dan abah malas dah nak berniaga...kami adik beradik pun ckp kat mak dan abah.. tak pa lah.. rezeki lain ada...

Ayu dan adik- beradik lain... kalau nak makan satay.. mesti nak tangan mak yang buat.. bagi kami tak da satay sesedap satay yang mak buat.. abah yang bakar....

ALPHA LIPID



ayu nak ceta nie.. pasal susu Alpha Lipid... susu ni bagus untuk kesihatan.. dulu ayu selalu je demam.. Alhamdullillah.. dengan izin Allah atas usaha ayu untuk minum susu ni.. sekarang dah jarang demam.. satu lagi sakit kaki... pun dah semakin berkurangan... ayu dah sebulan minum susu ni.. nampak gak lah perubahan kesihatan.. ayu juga bertenaga ketika banyak kerja... Alhamdulillah...

MERIAHNYA RAYA


tengoklah laksa nie.. seperiuk besar..ayu yang tolong masakkan....

MERIAHNYA RAYA



ni.. anak adik no 4.. ada lagi cucu mak tapi dtg lmbt.. kalau tak lagi kecoh umah mak tu...

MERIAHNYA RAYA


Hujung minggu kami sibuk dengan open hause..rumah mak pun buat open house... tengoklah cucu mak tu...