Tuesday, March 16, 2010

Hikmah Berbakti Kepada Ibu Bapa

Pagi ni...di radio Selangor fm pkl 7.30pagi..motivasi pagi...Dr HM Tuah bercerita mengenai seorang kwn lamanya... nama nya Norizan...waktu sekolah dahulu adalah seorang yang nakal, jahat, degil...cikgu kata norizan ni seorang yang tiada masa depan...

setelah berpuluh tahun berlalu Dr Tuah bertemu semula dgn norizan...terkejut sungguh Dr Tuah.. norizan mempunyai sebuah pusat traning centre sepertinya...lalu norizan pun berceritalah..sehabis MCE dia bekerja mengikut kontraktor dan berjinak- jinak dlm bidang usahawan, tapi bapa dia sakit... dia pun fokus menjaga bapanya yg sakit... sehinggkan satu hari bapanya tercicir najis dikhalayak ramai..demi menjaga maruah bapanya..norizan tidak berfikir panjang utk mengutip najis bapanya...dia menggunakan tangannya tanpa beralas apa- apa pun mengutip terus najis bapanya...

kawan-kawan..dari sini..kita nampak betapa ikhlasnya norizan menjaga bapanya itu...selama 4 tahun norizan menjaga bapanya yang sakit...akhirnya bapa norizan meninggal dunia.

Norizan pun meneruskan cita- citanya untuk menjadi usahawan setelah bapanya tiada...perniagaannya berjaya dan terus berjaya... sehingga dia membina kawasan traning centre dengan harga RM3 juta tanpa membuat pinjaman... bayangkanlah kawan- kawan.. keberkatan dan kenikamatan yg Allah beri pada norizan ini yg begitu ikhlas menjaga aruwah bapanya...seorang alim juga pernah berkata kpd norizan..kejayaannya adalah berkat dia menjaga bapanya dengan penuh keikhlasan...

kesimpulanya...Berbaktilah kita kepada ibubapa kita dengan penuh keikhlasan demi keberkatan hidup dari Ilahi...

Tuesday, March 9, 2010

Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

Pagi tadi dengar lagi Selangor FM..Macam biasa Motivasi Pagi...
en Johar memberi motivasi kpd suami isteri... salah satunya yang sedap di dengar ialah...masa baru - baru kahwin..berat badan masing- masing 45kg 10 ke 15 thn kawin berat badan dah bertambah ke 105kg..so en Johar ckp terimalah pasangan kita seadanya... kalau betul nakkan perubahan pd pasangan maka samalah bantu membantu dlm melakukan perubahan...barulah rumahtangga yg dibina akn harmoni...lagi jgnlah kita cemburu yg tak bertempat...cemburu tu boleh tapi biarlah bertempat... ialahkan kalau tak cemburu tu...mcm tak sayang je... ye tak...buat masa ni itu je... nanti kalau ada motivasi yg best2 bolehlah kita share sama2 k..:))

Thursday, March 4, 2010

Antara Muslimah Dan Perempuan

Perempuan
Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekati selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah
Muslimah
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan

Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari…